Pages

Wednesday 2 November 2011

Analisis Kesalahan Tatabahasa

Kata Ganti Diri

1.         Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk mengganti kata nama orang.

2. Kata ganti diri tidak boleh digunakan untuk benda atau binatang. Misalnya:

*Kucing itu mati. la dilanggar lori. (salah)

Kucing itu mati dilanggar lori. (betul)

3. Kata beliau boleh digunakan hanya untuk orang yang dihormati seperti ibu bapa, guru, menteri atau orang tuatua, dan bukan kanakkanak. Misalnya:

*Beliau ditangkap kerana mengedarkan dadah. (salah)

Dia ditangkap kerana mengedarkan dadah. (betul)

4.         Semua kata ganti tidak boleh digandakan atau diulang menjadi *kamukamu, *andaanda, *mereka-mereka, dan sebagainya. Misalnya:

*Merekamereka yang bersalah akan dihukum. (salah)

Mereka yang bersalah akan dihukum. (betul)

5. Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan menjadi "ianya. Misalnya:

*Jika tidak dirawat, mungkin ianya akan lumpuh. (salah)

Jika tidak dirawat, mungkin is akan lumpuh. (betul)

6.         Kata ganti diri seperti beta, baginda, dan patik digunakan hanya dalam hubungan dengan kerabat diraja saja.

 

Kata Bilangan

1.         Kata bilangan ialah kata yang pada umumnya digunakan untuk menghitung benda, misalnya satu, dua, dan seterusnya, atau beberapa, semua, dan sebagainya.

2.         Kata bilangan tak tentu setengahsetengah, kata bilangan pisahan tiaptiap, dan kata bilangan himpunan keduadua, dan sebagainya tidak boleh disingkatkan sewenangwenangnya. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:

(a)        *Setengah orang tidak suka akan durian. (salah)

Setengahsetengah orang tidak suka akan durian. (betul)

(b)        *Tiap pelajar harus berdisiplin. (salah)

*Tiaptiap pelajar harus berdisiplin. (betul)

(c)        *Kedua orang itu anggota polis. (salah)

Keduadua orang itu anggota polis. (betul)

(d)        `Berbagai usul dikemukakan­nya. (salah)

Berbagaibagai usul dikemukakannya.(betul

3. Kata bilangan tak tentu para pula tidak boleh diulang menjadi  parapara. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:

*Parapara peserta sedang berbaris.(salah)

Para peserta sedang berbaris. (betul

4. Kata bilangan tentu seperti satu, dua, tiga, dan seterusnya tidak boleh didekatkan sekaligus dengan kata bilangan pecahan. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:

(a)        *Sudah dua suku jam dia menunggu. (salah)

Sudah dua jam suku dia menunggu. (betul)

(b)        *Harganya tiga setengah ringgit. (salah)

Harganya tiga ringgit setengah. (betul)

 

3 Penjodoh Bilangan

1. Penjodoh bilangan digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.

2. Walau bagaimanapun, penjodoh bilangan tidak perlu digunakan ,bersamasama dengan kata bilangan seperti para, segala, sekalian, seluruh, semua, sebahagian, setengahsetengah, dan sebilangan. Misalnya:

(a)        *para orang pelajar (salah)

            Para pelajar (betul)

(b)        *segala ekor binatang (salah)

            segala binatang (betul)

(c)        *sekalian orang peserta (salah)

            sekalian peserta (betul)

(d)        *seluruh buah negari (salah)

            seluruh negeri (betul)

(e)        *semua orang gadis (salah)

            semua gadis (betul)

 

4 Kata Sendi

1. Kata sendi ialah kata yang digunakan bersamasama dengan frasa nama untuk menghubungkan frasa nama itu dengan katakata lain dalam ayat.

2. Sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dengan kata adjektif dan kata kerja tak transitif, kata sendi tidak boleh dilenyapkan. Misalnya:

(a)        *Ravi suka durian. (salah)

            Ravi suka akan durian. (betul)

(b)        *Kami lalu jalan itu supaya cepat sampai. (salah)

Kami lalu di jalan itu supaya cepat sampai. (betul)

(c)        *Abang sudah pergi pejabat.(salah)

Abang sudah pergi ke pejabat. (betul)

(d)        *Kita mesti hormat guru. (salah) Kita mesti hormat akan/kepada/ terhadap guru. (betul)

(e)        *Saya bertemu Ali di pasar pagi tadi. (salah)

Saya bertemu dengan Ali di pasar pagi tadi. (betul)

3 .Elakkan penggunaan kata sendi yang diberikan dalam kurungan.

Para pelancong dari Jepun. (bukan *daripada)

(b)        Ucapan itu daripada Encik Jamal. (bukan *dan)

Ali lebih tinggi daripada Ahmad. (bukan *dari)

(d)        Bekas itu dibuat daripada plastik. (bukan *dari)

(e)        Buku ini terdiri daripada tiga bahagian. (bukan *dari)

(f)         Pada waktu petang, saya membantu ayah. (bukan * di)

(g)        Buku itu ada pada Sheila. (bukan *dengan)

h) Pasu itu terhempas ke tanah. (bukan *di)

(i)         Encik Azman sudah berpindah ke Kelang. (bukan * di)

j)Buku itu sudah saga pulangkan kepada pustakawan. (bukan *ke)

k)Isa tertarik oleh kejelitaan gadis itu. (bukan * dengan)

l)Kami mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang saudara­

saudara berikan. (bukan * diatas)

 

5 Kata Kerja Tak Transitif

1. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dengan makna yang penuh.

2. Kata kerja tak transitif yang berawalan ber, atau men, atau ter, misalnya: berbincang, berkata, bertanya, melompat, tersenyum, dan sebagainya tidak boleh ditiadakan awalannya. Contohnya:

(a)        *Dia kata kepada saya. (salah)

            Dia berkata kepada saya. (betul)

(b)        *Jangan lompat. (salah)

            Jangan melompat. (betul

(c)        *Dia senyum kepada saya. (salah)

            Dia tersenyum kepada saya. (betul)

 

6 Kata Kerja Transitif

1.         Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai objek untuk menjadi frasa kerja yang dapat bertugas sebagai predikat dalam ayat.

2.         Objeknya mestilah frasa nama.

3.         Kecuali kata makan dan minum serta katakata yang berapitan ber...kan, semua kata kerja transitif dalam ayat aktif tidak boleh tidak berawalan men, Misalnya:

(a) *Dia suka baca buku. (salah)

Dia suka membaca buku (betul

(b) *Ahmad tendang bola itu. (salah)

Ahmad menendang bola itu. (betul)

4. Kata kerja transitif yang berapitan men ...kan dan men ...i berbagaibagai maknanya dan mesti digunakan dengan berhatihati. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:

(a) *Dia memberikan saya sebatang pena. (salah)

Dia memberi saya sebatang pena. (betul)

Dia memberikan sebatang pena kepada saya. (betul)

(b) *Hakim menjatuhkan orang itu hukuman mati. (salah)

Hakim menjatuhi orang itu hukuman mati. (betul)

Hakim menjatuhkan hukuman mati terhadap orang itu. (betul)

 

7 Kata Tanya

1.         Kata tanya digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.

2.         Beberapa contoh kata tanya yang biasa digunakan ialah apa, bagaimana, berapa, mana, mengapa, dan siapa.

3.         Kesalahan umum dalam penggunaan kata tanya Bering berlaku pada kata apa dan siapa.

4.         Kata tanya apa boleh digunakan hanya untuk menanyakan nama benda atau binatang saja.

5.         Kata tanya siapa pula boleh digunakan hanya untuk menanyakan nama manusia.

6. Lihatlah contoh kesalahan dan pembetulan yang berikut:

(a)        *Nama kucing ini siapa? (salah)

            Nama kucing ini apa? (betul)

(b)        *Apa nama anak saudara ini?      (salah)

Siapa nama anak saudara ini? (betul)

 

8 Kata Hubung

1. Kesalahan umum dalam penggunaan kata hubung biasanya berlaku sebagai akibat tidak memahami cara menggunakan kata hubung itu dengan tepat dalam ayat.

2. Elakkan penggunaan kata hubung yang diberikan di dalam kurungan.

(a)        Koding berdiri lalu memberikan jawapan. (bukan *maka)

(b)        Gadis itu cantik tetapi sombong. (bukan *meskipun)

(c)        Dia akan tidur di rumah saya atau di hotel. (bukan *dan)

(d)        Siti menangis apabila mendengar berita itu. (bukan *bila)

(e)        Saya terkejut apabila Lili menjerit. (bukan *bila)

(f)         Kita mestilah yakin bahawa Tuhanlah yang menentukan segalagalanya. (bukan "agar)

(g)        Sekiranya saya terlupa, tolong ingatkan saya. (bukan *maka)

(h)        Bayi itu lapar maka dia menangis. (bukan *hingga)

(i)         Jamal rajin membaca buku tetapi adiknya malas. (bukan * meskipun)

(j)         Buku ini berguna bukan saja bagi para pelajar tetapi juga bagi para guru. (bukan * baik...ataupun)

 

Saturday 8 October 2011

Pipi Island,Krabi&PHUKET~ Sep 2011 Slideshow Slideshow

Pipi Island,Krabi&PHUKET~ Sep 2011 Slideshow Slideshow: TripAdvisor™ TripWow ★ Pipi Island,Krabi&PHUKET~ Sep 2011 Slideshow Slideshow ★ to Phuket. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor

Sunday 2 October 2011

PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk perkembangan mental dan sosial.

Definisi Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Barrow (1971, 1983) menyatakan Pendidikan Jasmani dalam konteks ‘pengalaman pendidikan menyeluruh’ dan berkait dengan hal seumur hidup setiap individu.
Baley & Field (1976), satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil melalui aktiviti-aktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak,
Freeman (1977, 1992) menegaskan bahasa Pendidikan Jasmani meliputi pembangunan fizikal dan mental dan menumpu pada tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif dan afektif.
Lumpkin (1990) berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang membolehkan individu mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal, mental dan sosial serta tahap kecergasan yang tinggi.
Dauer (1995) berpendapat Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnya melalui pengalaman-pengalaman pergerakan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak.

 Maksud Pendidikan Kesihatan

Pendidikan Kesihatan merupakan suatu proses membekalkan atau menggunakan pengalamaan bagi mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap dan amalan berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan komuniti.

 Objektif Pendidikan Jasmani

Bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviiti fizikal dan amalan kecergasan. Pembelajaran dilakukan dengan mengutamakan tiga perkara utama :
Kognitif Mengetahui dan memahami akan aspek kecergasan dan boleh diamalkan dalam kehidupan seharian

 Matlamat Pendidikan Kesihatan

Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat

 Apakah Budaya Pembelajaran Pendidikan Jasmani?

  • Penglibatan murid secara aktif dan selamat
  • Interaksi yang kreatif dengan rakan, bahan dan alatan
  • Penyimpanan rekod kegiatan murid sebagai bukti pembelajaran

 Apakah Budaya Pembelajaran Pendidikan Kesihatan?

  • Penglibatan murid secara penghayatan ilmu
  • Interaksi dengan guru, rakan dan masyarakat
  • Penyimpanan rekod kesihatan dan kegiatan murid sebagai bukti pembelajaran
…==Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani==

 Kecergasan

  • Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan murid melakukan aktiviti fizikal secara berterusan .
  • Tumpuan diberi kepada komponen kecergasan berasaskan fizikal.

 Kecergasan Fizikal

 Koordinasi

  • Imbangan
  • Ketangkasan
  • Kuasa
  • Masa Respons
  • Kepantasan

Berasaskan pelakuan motor

  • Berasaskan kesihatan
  • Daya tahan kardiovaskular
  • Daya tahan Otot
  • Kekuatan
  • Kelenturan
  • Komposisi badan

 Kemahiran

Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan melakukan kemahiran daripada aspek pergerakan otot Tumpuan diberi kepada kemahiran asas dalam permainan , olahraga, gimnastik, pergerakan kreatif dan rekreasi

 Kesukanan

Konsep tunjang ini menitik beratkan kefahaman dan pengetahuan bagi mengukuhkan amalan pendidikan jasmani dan sukan. Tumpuan diberi kepada aspek keselamatan, pengurusan, kerjaya etika dan isu-isu dalam pendidikan jasmani dan sukan.

 Kesihatan Diri dan Keluarga

  • Konsep tunjang ini adalah penjagaan asas kesihatan diri, perasaan, kekeluargaan
  • Tumpuan diberi kepada kesihatan diri, seksualiti, kekeluargaan, perkahwinan dan keibubapaan

 Gaya Hidup Sihat

  • Konsep tunjang ini adalah pengalaman aktiviti kehidupan harian yang sihat dan menjauhi tingkah laku berisiko secara berterusan.
  • Tumpuan diberi kepada penyelesaian konflik, pengurusan stres, kemahiran merancang, pemakanan, penyalahgunaan bahan dan pencegahan dadah

 Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran

Konsep tunjang ini adalah pemeliharaan kebersihan dan keselamatan persekitaran dan pertolongan cemas

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan_jasmani#Definisi_Pendidikan_Jasmani_dan_Kesihatan

Saturday 24 September 2011

BIG 6

Apa itu ‘Big6’?

Model pengajaran Enam Kemahiran Besar diperkenalkan oleh dua orang tokoh pendidik iaitu Mike Eisenberg dan Bob Berkowith. Model ini dikenali di seluruh dunia dan digunakan dalam bidang pendidikan dan bidang teknologi. Model Enam Kemahiran Besar ini merupakan cara menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kemahiran maklumat.
Ia juga dikenali dengan model penyelasaian masalah kerana dengan menggunakan model ini pelajar dapat menyelasaikan apa jua masalah seperti dalam tugasan dan membuat keputusan. Selain itu, dengan pendekatan Big6 ibubapa juga dapat membimbing anak- anak mereka dalam membuat sesuatu projek dan pada masa yang sama membantu mereka berdikari untuk mencari maklumat dan menggunakan maklumat.

Ada 6 peringkat dalam model ini iaitu :
1. menentukan
2. mencari
3. memilih
4. menggunakan/ menguruskan
5. menyampaikan
6. menilai kembali

Menentukan
Pelajar perlu memikir dan menentukan tajuk kajian.Untuk memulakan pembelajaran, pelajar harus menentukan apa yang ingin mereka pelajari dan capai.

Mencari
Pelajar perlu mencari tempat atau kawasan kajian yang sesuai belajar juga perlu mencari sumber-sumber rujukan yang bersesuaian.

Memilih
Ia membolehkan pelajar menumpukan pada bahan yang khusus dan menepikan bahan- bahan yang kurang sesuai. Pelajar akan dapat lebih fokus pada bahan yang bersesuaian dengan tajuk kajian dan matlamat yang telah ditetapkan.
Menggunakan / menguruskan
Ia melibatkan proses pelajar menukarkan data-data yang telah diperolehi kepada apa yang boleh digunakan. Proses ini menjadikan maklumat itu sebagai suatu pengetahuan kepada pelajar

Menyampaikan
Maklumat dan pengetahuan yang telah diperolehi boleh disampaikan kepada sesiapa sahaja dalam format yang sistematik seperti :
• folio
• buku skrap
• catatan nota
• dalam diskette
• transperensi dll

Menilai kembali
Satu refleksi ke atas apa yang telah dilakukan. Pelajar menilai kembali apa yang telah dibuat untuk mengetahui kekuatan dan kelemahannya. Pelajar boleh membaiki diri , kajian dan pengetahuan seterusnya.
            Model pengajaran Enam Kemahiran Besar merupakan satu model yang harus diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran kita. Dengan menggunakan model Big6 secara sedar atau tidak, murid-murid mencari dan memperolehi dan  membuat keputusan secara pantas memerlukan masa yang agak lama untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Oleh itu, kita perlu membantu murid menyelesaikan sesuatu masalah dengan bijak. Big6 merupakan suatu alat bagi murid memperkembangkan kemahiran dan memahami apa yang mereka perlu, proses yang perlu diikuti dan menggunakan maklumat dengan berkesan.

http://www.big6.com/what-is-the-big6/