Pages

Saturday, 24 September 2011

BIG 6

Apa itu ‘Big6’?

Model pengajaran Enam Kemahiran Besar diperkenalkan oleh dua orang tokoh pendidik iaitu Mike Eisenberg dan Bob Berkowith. Model ini dikenali di seluruh dunia dan digunakan dalam bidang pendidikan dan bidang teknologi. Model Enam Kemahiran Besar ini merupakan cara menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kemahiran maklumat.
Ia juga dikenali dengan model penyelasaian masalah kerana dengan menggunakan model ini pelajar dapat menyelasaikan apa jua masalah seperti dalam tugasan dan membuat keputusan. Selain itu, dengan pendekatan Big6 ibubapa juga dapat membimbing anak- anak mereka dalam membuat sesuatu projek dan pada masa yang sama membantu mereka berdikari untuk mencari maklumat dan menggunakan maklumat.

Ada 6 peringkat dalam model ini iaitu :
1. menentukan
2. mencari
3. memilih
4. menggunakan/ menguruskan
5. menyampaikan
6. menilai kembali

Menentukan
Pelajar perlu memikir dan menentukan tajuk kajian.Untuk memulakan pembelajaran, pelajar harus menentukan apa yang ingin mereka pelajari dan capai.

Mencari
Pelajar perlu mencari tempat atau kawasan kajian yang sesuai belajar juga perlu mencari sumber-sumber rujukan yang bersesuaian.

Memilih
Ia membolehkan pelajar menumpukan pada bahan yang khusus dan menepikan bahan- bahan yang kurang sesuai. Pelajar akan dapat lebih fokus pada bahan yang bersesuaian dengan tajuk kajian dan matlamat yang telah ditetapkan.
Menggunakan / menguruskan
Ia melibatkan proses pelajar menukarkan data-data yang telah diperolehi kepada apa yang boleh digunakan. Proses ini menjadikan maklumat itu sebagai suatu pengetahuan kepada pelajar

Menyampaikan
Maklumat dan pengetahuan yang telah diperolehi boleh disampaikan kepada sesiapa sahaja dalam format yang sistematik seperti :
• folio
• buku skrap
• catatan nota
• dalam diskette
• transperensi dll

Menilai kembali
Satu refleksi ke atas apa yang telah dilakukan. Pelajar menilai kembali apa yang telah dibuat untuk mengetahui kekuatan dan kelemahannya. Pelajar boleh membaiki diri , kajian dan pengetahuan seterusnya.
            Model pengajaran Enam Kemahiran Besar merupakan satu model yang harus diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran kita. Dengan menggunakan model Big6 secara sedar atau tidak, murid-murid mencari dan memperolehi dan  membuat keputusan secara pantas memerlukan masa yang agak lama untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Oleh itu, kita perlu membantu murid menyelesaikan sesuatu masalah dengan bijak. Big6 merupakan suatu alat bagi murid memperkembangkan kemahiran dan memahami apa yang mereka perlu, proses yang perlu diikuti dan menggunakan maklumat dengan berkesan.

http://www.big6.com/what-is-the-big6/